KUALA LUMPUR – Tular video berdurasi 58 saat dipercayai dari imej rakaman litar tertutup (CCTC) insiden kejadian simbahan asid yang membabitkan Pemain Bola Sepak Kebangsaan Faizal Halim.
Di dalam video yang tular berkenaan, dilihat penyimbah asid menanti ketibaan pemain berkenaan dan seorang lagi rakannya turut bersedia di atas motor untuk melarikan diri.
Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya, Faisal Halim itu kemudiannya disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama.
Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
View this post on Instagram
Di dalam perkembangan terkini 2 Hari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata,Hasil analisa Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati hanya tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dikategorikan sebagai cukup sifat.
Hasil analisa Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati hanya tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dikategorikan sebagai cukup sifat.
“Hasil siasatan dalam sistem pangkalan data bagaimanapun mendapati tiada padanan dengan cap jari yang cukup sifat itu.
“Hal ini mungkin kerana individu terbabit tidak pernah ditahan dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau katanya.