Lokasi helikopter yang membawa Presiden Raeisi dikesan

TEHRAN, Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pirhossein Kolivand berkata, lokasi helikopter terhempas yang membawa Presiden Raeisi telah dikesan.

Pasukan mencari dan menyelamat Bulan Sabit Merah telah sampai ke lokasi nahas helikopter yang membawa presiden Raeisi, kata Kolivand pada pagi Isnin.

73 pasukan penyelamat hadir di kawasan pencarian yang dilengkapi peralatan canggih dan khusus.

Operasi mencari diteruskan sejak petang semalam walaupun keadaan cuaca sukar.

foto pertama tapak nahas, menurut Tasnim News yang bersekutu dengan IRGC.

Semalam Sebuah rakaman video menunjukkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi berada di dalam sebuah helikopter yang dinaikinya sebelum ia disyaki terhempas di sempadan Iran dengan Azerbaijan, semalam.

Menurut The Sun, pemimpin tersebut dilihat memandang ke luar tingkap, manakala seorang lagi individu yang tidak dikenali duduk bertentangan dengannya.

Raisi berada di dalam helikopter tersebut sebelum ia dilaporkan terputus hubungan semalam.

Cuaca berkabus serta hujan menyukarkan operasi mencari dan menyelamat Raisi yang dikenali sebagai penyokong Hamas.

Pegawai-pegawai Iran memberi amaran bahawa nyawa Raisi ibarat di hujung tanduk ketika sekutu Tehran termasuk Russia menghantar bantuan untuk operasi menyelamat.

BBerkaitan

Latest articles