Pembantu Kedai Makan Didakwa Rogol Anak Saudara Tiri

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai makan menangis teresak-esak selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, atas dua pertuduhan merogol anak saudara tirinya yang berusia 12 tahun, Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 19 mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan dua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tanpa kerelaannya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi dan 2.30 pagi di sebuah rumah bernombor dalam daerah Alor Gajah pada 18 Februari dan 23 Februari 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan dia hanya bekerja di kedai makan dan bapanya seorang pemandu lori.

Nariman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi.

Beliau turut menetapkan tarikh 10 Jun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

BBerkaitan

Latest articles