Gangguan Seksual: Mohammad Agus ‘Lari’ Dari Media Selepas Lebih Dua Jam Beri Keterangan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, jam 11 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Dilaporkan Mohammad Agus memberi keterangan lebih dari dua jam, selepas beliau dilihat keluar bersama peguamnya menaiki Toyota Estimate berwarna putih, jam 1.15 petang.

Terdahulu Mohammad Agus disiasat atas dakwaan gangguan seksual terhadap Abdul Wahab, 33, yang juga seorang pegawai J-Kom.

Abdul Wahab mendakwa kejadian tersebut berlaku di Bintulu, Sarawak, Oktober lalu.

Terdahulu Mohammad Agus diiringi peguamnya, Zaflee Pakwanteh.

Usai memberi keterangan, kedua-dua mereka bergegas menaiki kenderaan dan tidak berhenti untuk bertemu dengan petugas media yang menunggunya sejak jam 11 pagi tadi.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus terhadap Abdul Wahab yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober lalu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D kanun sama atas kesalahan melanggar kesopanan.

Abdul Wahab tampil membuat laporan di IPD Kajang bersama peguamnya pada 30 November lalu.

BBerkaitan

Latest articles