Stigma Amanah ‘Alat’ DAP Perlu Diubah

KUALA LUMPUR: Amamah mengakui persepsi bahawa parti itu dijadikan alat politik bagi DAP perlu diubah supaya kaum Melayu menyokong mereka.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ramai pihak, terutama kaum Melayu termakan dengan dakyah pihak tertentu bahawa sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan DAP dianggap musuh Melayu dan Islam.

Menurut Mohamad, keadaan yang serupa kini berlaku kepada UMNO selepas parti itu menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Cabaran paling besar adalah mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sudah masuk dalam pemikiran orang ramai terutama orang Melayu, Amanah ini macam alat DAP.

“Sekarang Umno pula dituduh alat DAP,” katanya memetik wawancara bersama Sinar Harian.

Bagaimanapun, Mohamad berkata PAS sering berubah pendirian dan parti Islam itu juga pernah bersama dengan DAP dalam pilihan raya 2008 dan 2013.

“Dan apabila tidak bersama, (mereka tuduh) DAP komunis, nak rampas hak Melayu dan pelbagai lagi.

“Jadi serangan-serangan itu masuk dalam pemikiran orang Melayu dan menyebabkan kita nak rungkai fahaman atau stigma itu amat sukar,” katanya.

Tambahnya, ketika ini sesiapa yang bekerjasama dengan DAP dianggap sebagai musuh Melayu dan Islam, tetapi Mohamad berkata, ia satu perkara itu yang perlu dihadapi Amanah dengan kesabaran, istiqamah dan perlu diberi penjelasan yang panjang.

BBerkaitan

Latest articles