MP Bukit Gantang MP Kelima Bersatu Sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Ramalan Bersatu kononnya tidak ada lagi ahli-ahli Parlimennya yang akan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan, apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan perkara itu, hari ini.

Syed Abu Hussin mengisytiharkan sokongan kepada gagasan kerajaan Madani di Dewan Rakyat ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pagi ini.

“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani, menangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

“Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Tambun sebagai PM10 dan gagasan kerajaan Madani,” katanya.

Syed Abu Hussin juga menyoal kesediaan Anwar untuk bekerjasama dengan Ahli Parlimen dalam kalangan pembangkang demi menangai isu semasa rakyat.

Beliau menggesa Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri selaku bekas Perdana Menteri menjalin kerjasama dengan Anwar untuk membangunkan negara, sekali gus menangis isu harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Dalam keadaan politik negara tidak stabil ini bagaimanakah kerajaan nak menguruskan ekonomi, harga barang terus naik dan kos sara hidup terus naik. Oleh itu demi negara yang tercinta, saya meminta Tambun, Pagoh dan Bera buang yang keruh ambil yang jernih. Marilah Pagoh dan Bera sebagai bekas Perdana Menteri bersama-sama Tambun membina masyarakat Madani.

“Tan Sri Speaker, soalan saya, adakah PMX bersedia untuk menyambut kesediaan Ahli-Ahli Parlimen yang mempunyai kepakaran, kebolehan keupayaan untuk membantu membangun rakyat sekaligus membangun ekonomi negara,” katanya lagi.

Sementara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkenaan berkata beliau sentiasa membuka ruang kerjasama dengan mana-mana pihak demi menangani masalah rakyat.

“Saya ucap terima kasih kepada Bukti Gantang sahabat lama yang kembali untuk memberikan sokongan dengan prinsip yang ditegaskan, pertama untuk menjalin perpaduan kedua menjamin ekonomi lebih dipacu dengan berkesan. Ketiga masalah yang dihadapi ekonomi global yang memberi kesan dan dampak negatif dari segi harga barang dan kos sara hidup dapat diselesaikan melalui muafakat.

“Soalan tentang kesediaan saya untuk menerima kerjasama walaupun tidak semestinya menyertai, terima kasih Bukti Gantang nyatakan sokongan secara terbuka tersebut, saya telah buka ruang sejak awal dan saya alu-alukan kerajsama sekiranya diperlukan,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles