Bidang Luas, Potensi Cerah, Belajar Ilmu Angkasa Bukan Sekadar Jadi Angkasawan

KUALA LUMPUR: Generasi muda disarankan mengambil peluang dalam penerokaan ilmu dan teknologi angkasa memandangkan ia mempunyai potensi yang besar untuk berkembang.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah berkata ilmu angkasa tidak terhad sekadar untuk menjadi seorang angkasawan semata-mata.

“Kita pernah mendengar apabila angkasawan negara pertama kita naik ke angkasa, ketika itu gelombang anak muda dengan bidang berkaitan angkasawan begitu besar.

“Tetapi kita kena ingat, teknologi angkasa bukan hanya dengan menjadi angkasawan.

“Banyak lagi bidang kejuruteraan angkasa. Teknologi angkasa adalah bidang paling maju, maka penerokaannya ada potensi yang tinggi,” katanya ketika diwawancara bersama The Rakyat Insight, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Azlikamil, minat dalam kalangan generasi muda perlu dipupuk kerana Malaysia mampu ke depan dalam bidang teknologi angkasa setanding negara-negara luar yang lain.

Beliau juga menegaskan keperluan dan kepentingan ‘orang’ di sekeliling seorang angkasawan untuk memastikan misi ke angkasa tercapai.

“Teknologi angkasa merupakan teknologi yang maju, merupakan antara bidang dunia luar yang meluas. (Seperti) eksplorasi angkasa lepas yang memerlukan kepakaran astronomi, kejuruteraan angkasa, elektronik, sistem analisis.

“Malah di belakang seseorang angkasawan, untuk naik berlepas ke angkasa dan melaksanakan fungsinya, ada beratus-ratus jurutera, pakar sistem analisis dan lain-lain untuk memberi arahan untuk buat apa di atas sana,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles