Kerajaan Kelantan Dipersoal Guna Mercedes Selepas Syarikat Pengeluar Sumbang RM5 Juta Kepada Israel

KUALA LUMPUR: DAP membangkitkan pendirian kerajaan PAS di Kelantan terhadap penggunaan kereta mewah Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasminya setelah syarikat pengeluar itu menyatakan sokongan kepada Israel dan menyumbang sebanyak €1 juta atau bersamaan RM5 juta.

Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin juga menggesa kerajaan negeri tidak melakukan tindakan boikot secara terpilih dalam usaha bersolidariti bersama rakyat Palestin.

“Kalau nak boikot jangan double standard (jangan dua darjat), kalau nak boikot semua kena. Mercedes derma satu juta euro atau RM5 juta kepada Israel, saya nak tanya Kerajaan Negeri Kelantan masih nak pakai kereta mewah Mercedes ke tidak?

“Nak boikot atau tidak? Kalau nak boikot jangan double standard. Starbuck, McDonalds tidak makan dan Mercedes pun tidak perlu pakai, boleh? Duit sudah masuk Israel,’ katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Untuk rekod, kerajaan negeri mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exco pada 2020.

Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata, pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun lalu dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Minggu lalu, media melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group, Ola Källenius mengumumkan bantuan sebanyak €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi Israel.

Sumbangan itu dibuat melalui akaun Linkedin miliknya kira-kira tiga minggu lalu.

Menerusi hantaran itu, Källenius menyatakan kesedihan atas serangan yang berlaku ke atas Israel dan mahu membantu bagi mengurangkan beban mereka.

BBerkaitan

Latest articles