Malaysia Raih Emas, Gangsa Menerusi Projek Inovasi “Remote Sensing”

KUALA LUMPUR: Kemampuan saintis tempatan dalam mencipta inovasi baharu dan penguasaan bidang teknologi angkasa mendapat pengiktirafan apabila Malaysia meraih emas dalam pertandingan kategori web contest-(WEBCON) peringkat Asia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa
Malaysia (MYSA) mempertaruhkan projek bertajuk Implementation of artificial intelligent (AI) in paddy geospatial information system (MAKGEOPADI) using space technology, GIS
and ICT.

Pertandingan tersebut diadakan sempena Persidangan Remote Sensing Asia (Asian Conference on Remote Sensing-ACRS) kali ke-44 di Taipei pada 30 Oktober hingga 3 November lalu.

Bukan itu sahaja, Malaysia turut memperolehi tempat ketiga dalam projek bertajuk
Establishment of Web-GIS system for identifying and monitoring potential
waste disposal site in Malaysia (e-sisa).

“Pertandingan ini turut melibatkan penyertaan daripada 17 buah negara
rantau Asia lain termasuk Jepun, Australia, India, Indonesia,China, dan Singapura,” demikian menurut kenyataan kementerian.

Dalam pada itu penilaian pertandingan dilakukan oleh panel-panel profesional daripada Persatuan Remote Sensing Asia (Asian Association of Remote Sensing-AARS) yang memberi tumpuan kepada kemampuan peserta mencipta teknologi atau kaedah anasilis pemodelan termaju berteraskan teknologi remote sensing
angkasa dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh sesuatu masalah.

“Justeru kemenangan Malaysia ini menjadi satu pengiktirafan terhadap kemampuan saintis tempatan dalam penciptaan inovasi baharu dan penguasaan bidang teknologi angkasa khususnya teknologi
berteraskan remote sensing angkasa.

“Kejayaan dan pengiktirafan di peringkat rantau Asia ini akan menjadi motivasi terbaik kepada MOSTI, Ketua Pengarah MYSA dan seluruh warga kerja MYSA untuk terus memperkukuhkan kemampuan dan penguasaan negara dalam bidang angkasa seiring dengan hala tuju Dasar Angkasa Negara 2030,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles