Alasan Mahu Muntah Sebelum Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai selepas terjatuh dari Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang dari Perai menghala ke pulau, semalam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 7.10 malam semalam.

Mangsa berusia 15 tahun itu diselamatkan nelayan yang kebetulan berada berhampiran.

Terdahulu, remaja berkenaan dalam perjalanan ke Terminal Bas Sungai Nibong menaiki sebuah kereta e-hailing dari arah Seberang Perai.

Dia kemudiannya meminta pemandu itu memberhentikan kenderaan atas alasan mahu muntah sebelum tiba-tiba bertindak membahayakan dirinya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Hasrul Rizal Ghazali berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada anggota bomba yang melalui laluan tersebut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Jelas beliau, susulan itu, sepasukan anggota dari BBP Perai bergegas ke lokasi namun sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa telah diselamatkan nelayan.

”Mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin di Gelugor sebelum dihantar ke Hopsital Pulau Pinang.

“Mangsa dilihat berada dalam keadaan trauma selain mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke hospital,” katanya memetik MalaysiaGazette.

Tambah beliau, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 7.57 malam tadi.

BBerkaitan

Latest articles