Malaysia Salur Bantuan RM1 Juta Untuk Palestin

KUALA LUMPUR: Atas dasar kemanusiaan, Malaysia menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta serta-merta kepada rakyat Palestin yang sedang menjadi mangsa kezaliman rejim zionis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bantuan itu adalah tindakan segera kerajaan melalui Kementerian Luar yang mengendalikan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

“Sebagai tanda solidariti, saya menyeru Ahli Parlimen sekalian untuk turut sama menghulurkan sumbangan dalam tabung yang disediakan di luar Dewan,” katanya ketika menggulung usul perkembangan semasa konflik Palestin-Israel.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid menegaskan Malaysia tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Katanya, konsistensi itu adalah jelas dan tidak berubah termasuk ketika Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerajui Kementerian Luar.

Begitu juga Malaysia kekal berpendirian rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel.

Wisma Putra dalam kenyataan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) segera mengadakan sidang tergempar bagi menghentikan keganasan di Palestin.

Kerajaan juga menggesa semua pihak terlibat bersikap penuh kawalan diri dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan.

BBerkaitan

Latest articles