Fatwa Haram: Muhyiddin Selesai Beri Keterangan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) , Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi keterangan selepas sejam dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah agensi kerajaan di KL Sentral, pada jam 10.25 pagi tadi.

Keterangan Muhyiddin adalah untuk membantu siasatan kes fatwa haram undi calon Pakatan Harapan (PH), seperti yang diperkatakannya di sebuah ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, baru-baru ini.

Dalam pada itu,Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bertindak mengunci mulut dan hanya melemparkan senyuman pabila disapa petugas media yang mahu mendapatkan responnya mengenai proses siasatan itu.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin dalam satu ceramah di Johor mendakwa haram hukumnya mengundi calon PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September lalu.

Tindakan tidak mengundi Suhaizan itu, kata Muhyiddin, perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya berhubung hal ini, tanya ikut fatwa mana,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles