PRK Pulai: Pegawai, Anggota Polis Dan Pasangan Mengundi Awal Hari Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 927 pemilih terdiri daripada pegawai polis anggota dan pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai hari ini.

Suasana pengundian berjalan lancar dengan tiga saluran di dua pusat pengundian awal iaitu di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan Balai Polis Kempas.

Seramai 881 pemilih akan mengundi di markas Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua manakala 46 pemilih di Balai Polis Kempas.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menyaksikan seramai 167,108 individu layak mengundi dengan pecahan seramai 74,814 pengundi Melayu iaitu 44.17 peratus, Cina seramai 67,635 pengundi (40.48 peratus) India seramai 20,555 pengundi (12.30 peratus) serta lain-lain kaum seramai 5,104 (3.05 peratus).

PRK Parlimen Pulai diadakan susulan penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

BBerkaitan

Latest articles