KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seorang pengguna laman sosial, Zaki Yamani memohon maaf atas ciapan biadapnya berhubung keadaan kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di hospital.
“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” ciapnya.
Terdahulu, Zaki menulis satu ciapan yang dikaitkan dengan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tulisnya: “Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu.
Kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan sedang dirawat di hospital sejak semalam.
Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di Facebooknya.