Ronnie Umum Keluar DAP

KUALA LUMPUR: ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew mengambil keputusan meninggalkan DAP, berkuatkuasa esok.

Bersama parti itu selama 41 tahun, Ronnie turut meletakkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Perkara itu dikongsikan Ronnie melalui surat permohonan penamatan jawatan di laman Facebook.

Antara alasan diberikan di sebalik pengundurannya adalah kerana melihat banyak perkara berlaku di luar jangkaannya.

“Saya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat Sekolah Menengah Dan telah menjadi ahli DAP pada tahun 1982.

“Banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya. Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP berkuat kuasa mulai 24 Jun 2023,” katanya menerusi surat yang dikemukakan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Ronnie turut mengucapkan penghargaan kepada parti berkenaan kerana diberikan kepercayaan menggalas jawatan tersebut.

“Segala peristiwa manis pahit, pengalaman suka duka dan pengetahuan yang dihulur oleh Parti kepada saya selama 41 tahun saya berkhidmat dan berjuang bersama DAP Malaysia.

“Semoga DAP terus maju dan sentiasa memegang prinsip sosialisma demokratik dan kontfcsep perjuangan ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’” tulisnya lagi.

Difahamkan tempoh jawatan Ronnie sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP sepatutnya tamat pada tahun 2025.

BBerkaitan

Latest articles