KUALA LUMPUR: Rakyat, terutama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu menerima hakikat pelaksanaan untuk memansuhkan hutang tidak selari dengan keupayaan kerajaan buat masa ini, demikian menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.
“Buat masa ini, kerajaan belum mempunyai perancangan memansuhkan pinjaman hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isu rumah B40.
“Untuk maklumat, berdasarkan unjuran angaran awal PTPTN jika cadangan pemansuhan pinjaman hutang bersasar golongan miskin dan isi rumah B40 akan melibatkan 1.84 juta pemimjam dengan jumlah pemansuhan pelupusan sebanyak RM42.34 bilion.
“Bagaimanapun kerajaan sentasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan pemimjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman sehingga kini,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal.
Ahli Parlimen Machang itu bertanyakan sama ada Kerajaan Perpaduan mahu memansuhkan hutang PTPTN kepada pelajar golongan B40.
“Apakah kerajaan ada iltizam politik untuk benar-benar memansuhkan hutang PTPTN ini seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH baru-baru ini.
“Kita maklum Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merupakan antara aktivis yang benar-benar memperjuangkan isu PTPTN,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.
Menjelaskan perkara itu, Khaled berkata, sekiranya pelaksanaan ini dibuat ia akan melibatkan satu jumlah yang begitu besar.
“Mungkin ada parti-parti politik yang membuat pelbagai janji tapi kita tahu kerajaan sedia ada adalah kerajaan campuran dan kita buat keputusan kita hanya ambil manifesto mempunyai perkara sama serupa.
“Kita dapati semua parti politik tidak menawarkan semua perkara sama apabila berkait soal PTPTN, soal ini saya berharap kita menerima hakikat iaitu penting dalam bercakap ptptn perlu melihat keupayaaan dan kelangsungannya,” katanya menjawab pertanyaan itu.