SPRM Bekukan Akaun Bank Bersatu Selepas Didedahkan SUS Muhyiddin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Bersatu.

Ia berlaku sehari selepas parti terbabit mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 dan 2021.

Pembekuan akaun berkenaan disahkan kepada Malaysiakini oleh salah seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman.

Semalam, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit dan menyeru PKR dan DAP melakukan perkara sama.

Tindakan itu dibuat bagi menepis dakwaan Bersatu terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri.

BBerkaitan

Latest articles