Nur Jazlan Gesa Hishammuddin Buat Rayuan Penggantungan

KUALA LUMPUR: Demi mendapatkan pembelaan sewajarnya, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa mengemukakan rayuan kepada Lembaga Displin selepas digantung parti pada Jumaat lalu.

Perkara iu disuarakan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed l, hari ini .

“(Saya) gesa (Datuk Seri) Hisham buat rayuan ke Jawatankuasa Disiplin supaya hujah kedua-dua pihak dipertimbangkan,” katanya memetik MalaysiaGazette.

Nur Jazlan dimintas mengulas kenyataan UMNO Bahagian Sembrong yang mahu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyemak semula hukuman penggantungan selama enam tahun terhadap Hishammuddin.

Dalam pada itu, Nur Jazlan juga berkata, sekiranya berlaku proses rayuan maka UMNO dinasihatkan untuk mendedahkan perkara itu kepada umum.

“Kalau sesuai, dedahkan hasilnya kepada ahli UMNO,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu, Abd Ghani Abd Rashid berkata, tuntutan itu dibuat kerana hukuman penggantungan selama enam tahun ke atas Hishammuddin menggambarkan seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan berat melibatkan pengkhianat dan cubaan merosakkan parti.

Jelas Abd Ghani, MKT sepatutnya mengambil langkah dan proses yang sewajarnya sebelum membuat keputusan drastik tersebut.

“UMNO Sembrong berpandangan hukuman MKT ini amat berat, gantung selama enam tahun digambarkan individu nak khianat dan rosakkan parti walhal tidak ada pun langkah sebegitu dibuat.

“Apatah lagi pertimbangan yang dibuat itu tanpa proses sewajarnya, tidak ada surat tunjuk surat, tanpa sesi pendengaran lembaga disiplin,” katanya dalam sidang media di Johor semalam.

BBerkaitan

Latest articles