Biar Pihak Berkuasa Siasat Isu Rasuah Di Tiga Parlimen Terengganu

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berlaku sogokan wang terhadap pengundi pada PRU15 yang lalu.

Terdahulu Barisan Nasional (BN) Terengganu pada semalam dilaporkan akan mengemukakan bukti dari 20 saksi bagi mengukuhkan dakwaan berlaku rasuah di Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

“Itu adalah hak yang diberi dalam undang-undang PRU kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dalam apa juga alasan.

“Petisyen akan diuruskan dengan cara undang-undang oleh semua pihak,” katanya.

Pada 3 Jan lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad, petisyen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu dibuat kerana beliau mendakwa berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan Parlimen berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles