KUALA LUMPUR: Dakwaan pemimpin DAP, P. Ramasamy kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘beban’ buat parti itu dibidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi
Beliau sebaliknya mengingatkan bahawa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri adalah beban kepada DAP.
Mohd Puad berkata oleh sebab itulah DAP Putrajaya mendesak Jawatankuasa Eksekutif Pusat dikenakan tindakan disiplin kerana meniupkan sentimen perkauman.
Terdahulu Ramasamy membayangkan Ahmad Zahid adalah ‘beban’ kepada UMNO dan juga Pakatan Harapan (PH) serta Kerajaan Perpaduan.
Ia rentetan keputusan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022 kelmarin yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang mungkin melegakan, tetapi ia umpama duri dalam daging buat UMNO, PH dan kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Keputusan terkini PAU untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO mungkin mendapat sokongan sebulat suara, namun ada juga suara yang mahukan ia dipertandingkan.
“Ahmad Zahid mungkin dilihat terselamat buat sementara waktu, namun beliau kelihatan sebagai ‘Albatross’ (masalah berterusan yang menjadi penghalang) yang melingkari UMNO dan juga PH serta Kerajaan Perpaduan,” katanya.