Sah Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan

KUALA LUMPUR: Dua jawatan tertinggi UMNO sah tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, memaklumkan perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan lebih 90 peratus perwakilan pada Persidangan Agung UMNO 2022 (PAU2022). 

Keputusan itu dimutaktamakan selepas perwakilan diminta berdiri dan mengangkat tangan pada sesi pengundian agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Bahagian UMNO lebih 90 peratus sokong kepada usul ini supaya tidak diadakan ada pemilihan dan solidariti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,” beliau berkata demikian dalam sidang media di Laman Media, sebentar tadi. 

 

BBerkaitan

Latest articles