Pihak Lawan Salah Guna Data Peribadi, Sogok Pengundi Punca UMNO, BN Kalah PRU15

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menghuraikan lima faktor utama menyebabkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.

Membentangkam laporan berkenaan prestasi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) hari ini, Ahmad menegaskan, empat daripada faktor itu dirancang dan digunakan oleh parti lawan.

Penyalahgunaan data peribadi pengundi merupakan antara faktor utama kekalahan UMNO dan BN, menurut Ahmad.

“Salah guna data peribadi anak-anak muda dan kita semua menerima digital handbil. Siapa bagi nombor telefon kita kepada mereka, mereka ‘merompak’ nombor-nombor itu dan menyalahgunakan,” kata Ahmad.

Begitu juga dengan faktor rasuah, apabila pihak lawan didakwa memberi wang tunai secara langsung kepada pengundi muda sebanyak RM150, RM300 kepada mahasiswa, RM600 kepada orang kurang upaya dan RM600 kepada pesara.

Ahmad juga mengaitkan pemenjaraan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sebagai salah satu punca gabungan itu tewas buat kali kedua dalam PRU

Bukan itu sahaja anak muda juga dimanipulasi dengan pelbagai sebaran di media sosial.

Selain itu sabotaj dalaman turut menyumbang kekalahan parti keramat orang Melayu itu.

“Antara rumusan analisa Pilihan Raya Umum ke-15 adalah seperti pantun ini. Puas sudah mencari azimat, terjumpa pula keris dan parang. Puas sudah menabur khidmat, emas juga dipandang orang,” kata Ahmad.

Beliau menegaskan, UMNO telah berusaha untuk mencapai kemenangan antaranya dengan mengadakan pelbagai siri himpunan bersama pengarah pilihan raya, siri himpunan solidariti dengan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, menurutnya, pelbagai sesi libat urus dengan 191 bahagian UMNO selain banyak program bahagian, wanita, pemuda dan puteri.

BBerkaitan

Latest articles