KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Ab Samad atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterimanya daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jalil Hussin mengikut peruntukan Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan bekas Pengerusi FELDA itu.
Malah pihak pendakwaan juga tidak akan meneruskan dakwaan terhadap tertuduh pada masa ini.
Pada mulanya, pendakwaan memohon untuk membebas tanpa melepaskan (DNAA) Shahrir.
DNAA bermaksud tertuduh masih boleh didakwa atas kesalahan sama pada masa akan datang.
Sepatutnya hari ini, Najib dijangka memberi keterangan sebagai saksi dalam kes ini.