KUALA LUMPUR: Kesemua jabatan kerajaan yabg terlibat dalam misi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di Batang Kali hari ini, digesa melakukannya secara rapi dan sistematik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau akan turun ke kawasan bencana malam ini bagi mendapatkan sendiri maklumat lanjut mengenai kejadian.
“Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.
“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat
“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,” kata Anwar kata menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.
Dalam kejadian awal pagi tadi, dua mangsa melibatkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia.
Difahamkan dua daripada mangsa telah meninggal dunia dalam kejadian di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm itu.