Kerajaan Harus Punyai Data Yang Tepat Sebelum Buat Keputusan Mengenai Industri Telur

KUALA LUMPUR: Apa sahaja isu yang mahu diselesaikan kerajaan, ianya memerlukan data yang tepat ujar Pengasas Bigboys Academy Malaysia, Rizwan Ramalan.

Katanya kekurangan telur ayam bukan sahaja membimbangkan pengguna, bahkan mereka yang berada di dalam industi perkhidmatan penyediaan makanan.

Begitu juga dengan pemain industri yang sukar memenuhi keperluan pengguna yang semakin hari semakin meningkat.

Tambah Rizwan lagi, masalah ini telah berlaku sejak berbulan lamanya, daripada sebelum pilihan raya, hinggalah sudah terbentuknya kerajaan yang baru.

Beliau yang juga aktif di dalam teknologi Blockchain juga berkata polisi kerajaan dilihat sukar dilakukan sekiranya kerajaan tidak mempunyai data pemain industri yang terlibat.

Antara point penting, menghentikan dahulu eksport telur buat jangka masa tertentu untuk memenuhi permintaan semasa tempatan.

“Jika betul pengeluaran domestik tak cukup, eksport perlu dihentikan.

“Jika pengeluaran domestik cukup namun pemain lebih cenderung kepada eksport untuk untung lebih, eksport perlu dihentikan.

“Jika harga pengeluaran domestik lebih mahal dari import, ubah cara dan teknologi yang digunakan.

“Ini contoh contoh situasi yang kita boleh adjust berdasarkan data. Namun kita perlukan data yang tepat.

“Nak dapatkan data yang tepat? Tekan kan penggunaan blockchain.

“Kerajaan bukan profit oriented body tapi kerajaan adalah authority body. Dan sebagai authority body, bagi saya kerajaan ada hak untuk akses setiap data dari mana mana pemain industri,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles