Hadi Awang Sifatkan Kerajaan Perpaduan Yang Ditubuh Sebagai Rapuh

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang rapuh atas faktor tidak cukup jumlah majoriti.

Ujar Hadi Awang, ini kerana terdapat jemaah menteri yang dilantik membari kabinet kerajaan Perpaduan merupakan kalangan yang disebut oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri sebagai perompak dan penyamun.

“Kerajaan yang ditubuhkan ini merupakan sebuah kerajaan yang rapuh atas faktor tidak cukup jumlah majoriti.

“Tambahan pula terdapat jemaah menteri yang dilantik merupakan kalangan yang disebut oleh pemimpin Pakatan Harapan sendiri sebagai perompak dan penyamun.

“Orang sebegini yang dilantik menjadi menteri. Ini yang berlaku. Kita sabar sekejap. Ini ujian yang Allah SWT berikan kepada kita,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau.

Dalam pada itu, Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), menyeru semua mengambil perjuangan baginda Nabi SAW sebgai contoh dalam usaha menegakkan syariat Islam di Malaysia.

“Rasulullah SAW sendiri pernah diuji apabila turun ayat bahawa Nabi SAW akan memasuki Makkah. Namun apabila Nabi SAW ingin memasuki Makkah dalam peristiwa Hudaibiyah, disekat jalannya.

“Selepas beberapa tahun barulah Nabi SAW berjaya memasuki Makkah dan membebaskannya daripada kekuasaan musyrikin Makkah,” tambahnya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri telah mengumumkan senarai anggota kabinet kerajaan Perpaduan yang mana terdiri daripada 28 menteri.

Turut menjadi tumpuan adalah perlantikan dua Timbalan Perdana Menteri I dan II iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kedua-dua mereka telah selesai mengangkat sumpah jawatan itu pada petang semalam.

BBerkaitan

Latest articles