Mat Sabu Bergandingan Dengan MB Pahang Di Ceramah Kempen DUN Tiomam

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan berkongsi pentas ceramah pilihan raya umum ke-15 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, esok.

Menerusi poster yang disebarkan, ceramah umum di tempat letak kereta Pasar Besar Rompin malam esok akan membarisi Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sebelum ini, PH meletakkan calon mereka daripada Amanah, Mohd Fadzli Mohd Ramly bertanding di DUN berkenaan.

Bagaimanapun, Amanah hari ini memaklumkan PH menarik diri bagi memberi laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi tersebut, mengambil semangat kerajaan perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

Pilihan raya umum DUN Tioman membabitkan pertandingan lima penjuru di antara penyandang Mohd Johari Hussain daripada BN, Nor Idayu Hashim (Perikatan Nasional), Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan calon Bebas Sulaiman Bakar.

Hari pengundian DUN Tioman telah ditangguhkan sehingga 7 Dis selepas kematian calon PN, Md Yunus Rami akibat serangan jantung pada sebelah pagi hari pengundian pada 19 Nov lalu.

BBerkaitan

Latest articles