KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang kesepuluh.
“Selamat maju jaya,” demikian hantaran beliau di Facebooknya.
Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri semasa Dr Mahathir menerajui kepimpinan negara.
Bagaimanapun beliau dipecat pada 1998 dan dipenjarakan atas kesalahan yang disifatkan sebagai bermotifkan politik.
Bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu bergabung membentuk kerajaan Pakatan Harapan apabila Barisan Nasional tumbang dalam pilihan raya umum ke-14 Mei 2018 di mana Dr Mahathir sekali lagi dilantik menjadi perdana menteri.