KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata adalah lebih baik Barisan Nasional (BN) berperanan sebagai pembangkang.
Ahli Parlimen Sembrong itu turut menyatakan kesediaan beliau untuk berada di blok pembangkang.
Tegas Hishamuddin, apa jua yang berlaku, beliau tetap setiap bersama UMNO duku, kini dan selamanya.
“Terdapat banyak spekulasi ketika ini tentang apa yang sedang berlaku.
“Dalam apa jua formula atau rundingan, pendirian saya jelas dan tidak akan saya kompromi.
“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, beliau bersama rakan UMNO yang lain akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN.