KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 26 ahli parlimen daripada 30 yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyatakan persetujuan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.
Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripadanya tidak dapat menghadiri perjumpaan yang diadakan di Hotel Seri Pacific di sini kerana tidak sihat.
“Kami putuskan ketetapan dan arahan yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah arahan besar yang wajib diikuti semua Ahli Parlimen kerana kita semua bertanding atas tiket BN,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Antara yang berada pada sidang media itu ialah pimpinan UMNO dan BN iaitu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Selain itu ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.