KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pemimpin UMNO untuk meletakkan kepentingan jangka masa panjang parti dan komponennya ketika melakukan apa jua rundingan dengan pihak lain.
Pesanan itu disampaikan Najib melalui anaknya, Nooryana Najwa ketika mengadakan perjumpaan keluarga pagi semalam.
Dalam masa yang sama Najib juga mengingatkan pemimpin UMNO perlu mengenepikan perbezaan sentimen dan perlu mengambil kira pendapat semua ahli Parlimen BN yang berjaya pada PRU15.
Beliau turut menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN adalah parti keramat yang pasti akan bangkit semula.