KUALA LUMPUR: Bahagian penyelidikan dan analisis Economist Group di UK meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang pada pilihan raya umum kali ini (PRU15).
Namun begitu, jangkaan itu turut menyebut
BN sukar untuk memenangi cukup kerusi bagi mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dalam masa yang sama, badan penyelidikan berkenaan juga menyebut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum pasti dapat berkhidmat sepenggal penuh sebagai perdana menteri.
“EIU menjangkakan Ismail akan dilantik semula sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, keupayaannya untuk berkhidmat selama lima tahun penuh masih belum terjamin,” kata pakar ekonomi utama EIU, Fung Siu dalam kenyataan.
Fung berkata, Ismail dipercayai akan diminta berundur untuk memberi laluan kepada Datuk Seri De Ahmad Zahid Hamidi jika tuduhan terhadap presiden Umno itu digugurkan.
Fung juga berkata, penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun menerusi inisiatif Undi18 mungkin tidak mengubah corak pengundian meluas.
Pengundi akan kembali kepada keutamaan berasaskan kaum, tambahnya.
“Ini berkemungkinan akan mendorong pembentukan kerajaan campuran lain yang terdiri daripada BN dan parti-parti kecil yang majmuk,” katanya.