Memang Sikap PH Berdendam Dengan Penjawat Awam

SEPANG: Penjawat awam diingatkan agar menolak Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),19 November ini bagi mengelak perkara sama berulang serta menjadikan kakitangan awam sebagai mangsa keadaan.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar berkata,ketika memerintah dan menjadi kerajaan sebelum ini kerajaan PH sangat berdendam dengan penjawat awam termasuk mengenakan tindakan kepada individu yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Menurutnya,beliau berkhidmat sebagai penjawat awam selama 38 tahun dan apabila PH memerintah orang pertama yang dipecat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah dirinya.

Katanya, beliau dipecat atas alasan menjadi penasihat UMNO dan kerajaan BN sebelum itu malah turut didakwa di mahkamah sama seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pelbagai tuduhan dikenakan ke atas saya namun semua itu fitnah semata-mata malah tidak ambil peduli dan menyerahkan semuanya kepada Allah SWT agar Tun Mahathir ditunjukkan ke jalan yang benar,” katanya ketika berucap pada Program Santai Komuniti Kampung dan Anak Muda sempena kempen PRU15 BN di Pulau Meranti semalam.

Yang turut hadir, calon BN Parlimen Sepang, Anuar Basiran dan Ketua UMNO Sepang, Noorazli Said.

Irwan berkata,manifesto dijanjikan BN bukan retorik dan sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan ia adalah langkah kehadapan.

Menurutnya,sebelum ini kerajaan dihancurkan PH ketika memerintah selama 22 bulan dengan memberi janji manis serta berhasrat memerintah negara semula sekiranya menang pada PRU15.

Katanya, pengundi diharap agar tidak ditipu sekali lagi dengan janji PH dan jangan salahkan BN sekiranya negara tidak maju dan kehadapan.

“Saya sudah berkempen dibeberapa kawasan di Baling,Rembau dan Pulau Pangkor melihat ada perubahan kerana rakyat memberi sokongan semula kepada BN dan mampu meraih kemenangan besar pada PRU15, “katanya.

BBerkaitan

Latest articles