Anak Muda Bijak Menilai Manifesto BN

KOTA TINGGI: Golongan muda akan menilai, bandingkan manifesto ditawarkan BN.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin golongan muda akan menilai manifesto ditawarkan Barisan Nasional (BN) dan membandingkan dengan tawaran dari pihak lain.

Bahkan katanya golongan itu juga akan menilai barisan kepimpinan untuk memimpin negara yang berkaliber bukan sahaja Perdana Menterinya bahkan menteri-menteri di barisan kabinet.

Menurutnya seperti terkandung dalam Pelan Amal dan Usaha (PADU), BN bukan sahaja beritahu apa yang mahu dilakukan bahkan menunjukkan macam mana hendak mengurus negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jelasnya seperti skim bantuan pendapatan asas atau ‘Assistive Basic Income’ membantu ‘top up’ pendapatan rakyat kurang RM2208 sebulan akan melibatkan perbelanjaan RM8 bilion.

Beliau yang juga calon BN Kota Tinggi berkata kerajaan akan mengkreditkan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada jumlah berkenaan.

Tambahnya ia sekali gus bukan sahaja bantu menangani kos sara hidup yang sangat membebankan malah memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan.

“Manifesto kita bagi semua orang mesti gaji RM2200. Rakyat gaji berapa, tak cukup kerajaan top up setiap bulan. Dahulu masa ada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kita belanja RM8 bilion bila buat ‘top up’ kita belanja RM8 bilion.

“Pakatan Harapan (PH) mereka cuma kata cuba kawal kos hidup. Sebaliknya BN kita beritahu apa kita hendak buat, macam mana hendak urus negara untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di warung Batu 1 1/2 Jalan Mawai, Kota Tinggi hari ini.

BBerkaitan

Latest articles