Kehadiran Ke Parlimen Tak Sama Seperti Ke Sekolah, Jawab Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa pihak memainkan isu kehadiran wakil rakyat ke sesi Dewan Rakyat, ini pula jawapan diberikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu mempertahankan ketidakhadirannya ke Dewan Rakyat kerana mahu memberi peluang kepada golongan muda daripada partinya berbahas.

Malah dakwa Abdul Hadi lagi, beliau sendiri ada melakukan “tugas-tugas khas lain”, selain menjadi Ahli Parlimen.

“Saya ditugaskan bukan sahaja di Parlimen, tapi ada tugas-tugas khas. Datang ke Parlimen ini bukan macam hadir ke sekolah, menteri-menteri pun lepas habis jawab soalan kembali menjalankan tugas.

“Saya sudah lama di Parlimen, banyak sesi saya terlibat… berhujah… dan kini saya beri peluang kepada Ahli Parlimen generasi baharu untuk terlibat dalam perbahasan,” katanya menurut Astro Awani.

Abdul Hadi juga berkata, isu sering tidak hadir ke Parlimen ini bagaimanapun tidak akan akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN).

BBerkaitan

Latest articles