Bekalan Telur Dijamin Pulih dalam Tempoh Dua Bulan Lagi – Annuar Musa

SUNGAI BULOH: Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa, memberi jaminan bekalan telur akan kembali pulih dalam tempoh dua bulan.

Katanya, ia susulan daripada pengumuman subsidi baharu yang dijangka dapat membantu penternak ayam dan pengeluar telur daripada terus mengalami kerugian.

“Kita akan berusaha memastikan bekalan telur sentiasa ada dan harga tidak meningkat terutama dekali semasa musim perayaan, banjir dan sebagainya.

“Pemain industri juga telah dinasihatkan agar tidak sembelih ayam terlalu awal supaya ia dapat bertelur,” katanya.

Terdahulu beliau hadir di Central Mart, Taman Saujana Utama bagi membantu Khairy Jamaluddin, calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh berkempen.

Jelas beliau, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam bermula Oktober hingga akhir tahun ini membabitkan kadar 80 sen bagi sekilogram ayam, manakala lapan sen bagi sebiji telur.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira harga siling kedua-dua bahan mentah berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penternak ayam supaya meningkatkan pengeluaran telur berbanding menjual ayam.

 

BBerkaitan

Latest articles