Tok Mat Yakin KJ Mampu Menang Di Kerusi Baru

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) membuat keputusan yang tepat untuk mencalonkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh, demikian menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menegaskan Parlimen Sungai Buloh adalah kawasan selamat untuk Khairy, apatah lagi dengan penerimaan jentera parti yang amat mengalu-alukan Menteri Kesihatan itu untuk bertanding di situ.

“Sungai Buloh mempunyai pengundi Melayu lebih 70 peratus, kerusi yang amat selamat untuk Khairy. Ketua Bahagian UMNO Sungai Buloh adalah setiausaha politik Khairy (Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid), UMNO di situ mengalu-alukan beliau, lebih baik ke sana daripada tempat yang tidak menerima dia.

“Jangan salah faham. Ia kerusi selamat disebabkan orang di situ mahukan calon daripada UMNO. Saya yakin Khairy akan cemerlang di kerusi itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada calon BN Negeri Sembilan, hari ini.

Beliau berkata, Khairy adalah pemimpin berwibawa dan mempunyai masa depan cerah dalam parti.

Baru-baru ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Khairy iaitu penyandang Parlimen Rembau dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya yang akan diadakan 19 November ini.

BBerkaitan

Latest articles