Mustahil PKR Tinggalkan PH Hanya Kerana UMNO

KUALA LUMPUR: PKR setia dalam kerjasamanya bersama Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk bersama DAP dan Amanah, kata Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sehubungan itu adalah mustahil untuk PKR meninggalkan rakan-rakan gabungannya itu hanya kerana ingin membentuk kerajaan campuran bersama UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) kelak.

“PH bergerak solid dalam pasukan kami. Tiada perbincangan dengan UMNO. Kami masuk PRU untuk menang sebagai PH.

“Ya, (mustahil untuk PKR meninggalkan pasukan bersama DAP dan Amanah dalam PH),” katanya memetik laporan Utusan Malaysia Online hari ini.

Wujud spekulasi PKR akan menyertai jajaran baru yang akan dibuat bersama-sama UMNO pasca PRU-15 bagi membentuk kerajaan campuran.

Malah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut mendakwa ada perbincangan sulit antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia bagaimanapun dinafikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan ia sekadar khabar angin menjelang pilihan raya.

BBerkaitan

Latest articles