KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 20 tahun ditemui maut, selepas nekad terjun dari tingkat enam di sebuah flat di Bandar Baru Ampang, semalam.
Motif kejadian dipercayai akibat kecewa selepas hubungan cintanya berakhir.
Mangsa yang juga seorang pelajar di sebuah kolej ditemui orang awam dengan keadaan lengkap berpakaian Pangsapuri Seri Nilam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa tinggal bersama ibu dan tiga adik beradik lain di tingkat 3 di flat berkenaan.
“Disyaki mangsa telah naik ke tingkat 6 flat yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni. Mangsa mengalami patah bahagian kepala, kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat si mati telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang dan dibedah hari ini dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut.