SEKINCHAN — Tabung Bela Jamal’ yang dilancarkan bagi membiayai kes-kes mahkamah dihadapi Jamal, berjaya mengutip hampir RM 200,000 di hari pertama pelancarannya.
Menurut Presiden Gabungan Solidariti Anak Malaysia (GSAS), Faizal Zakaria anggaran RM 600,00 perlu disediakan bagi menyelesaikan kes tuntutan pemimpin DAP, Teresa Kok terhadap Jamal kerana pendedahan kecuaian serta kelemahan pengurusan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sehingga memungkinkan berlaku penyelewengan dana awam.
“Tabung Solidariti ini adalah penting untuk kita sama-sama memberikan isyarat yang jelas bahawa setiap perjuangan memerlukan sokongan, kesepakatan dan perpaduan semua untuk kita terus melawan dan mencapai kemenangan.
“Pihak GSAS sangat yakin banyak pihak atau individu yang mempunyai kesedaran dalam semangat perjuangan ini sudi tampil membantu Datuk Seri Jamal kerana perjuangan yang beliau laksanakan dalam kes-kes ini adalah untuk membongkar penyelewangan, membela hak rakyat dan memastikan ketelusan dalam tadbir urus kerajaan khususnya di Negeri Selangor, “ujarnya lagi.
Dalam pada itu, menurut Datuk Seri Jamal pelancaran tabung berkenaan adalah usaha daripada rakan-rakan NGO, berkaitan saman yang dikenakan olen Taresa Kok dan Maria Chin adalah kerana isu-isu rakyat yang dibawanya.
Ini bukan serangan peribadi saya kepada mereka, tetapi yang saya bawa adalah isu-isu berkaitan dengan rakyat dan isu ketirisan Kerajaan Negeri Selangor ketika itu.
Saya kalah di dalam Mahkamah bukan kerana saya melakukan fitnah secara peribadi, tetapi kerana isu yang dibawa ada faktanya, namun ada kekangan yang menyebabkan saya tidak dapat meneruskan hujah dan saya kalah katanya.
Dan pada minggu lepas, YB Teresa kok telah membuat sidang media untuk mengarahkan peguam beliau menyaman muflis dirinya dan daripada situlah idea ini timbul katanya di dalam sidang media selepas pelancaran tabung ” Bela Jamal” di Sungai Besar hari ini.
Untuk rekod, Maria Chin memenangi samannya terhadap Jamal di Mahkamah Tinggi pada 2018, dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada Mac tahun ini, tetapi mengurangkan kuantum ganti rugi daripada RM300,000 kepada RM150,000.
Dan Kok memfailkan saman fitnah pada 2017 selepas Jamal menuduhnya menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri.