KUALA LUMPUR: Adalah tidak ada menuduh pemimpin UMNO MNO sahaja terpalit dengan kes rasuah, demikian menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Apatah lagi tindakan menyasarkan kes-kes berkait dengan beberapa pemimpin UMNO seperti hendak membunuh keseluruhan parti itu
Ujar Asyraf, ramai dalam kalangan pemimpin parti lain juga terpalit dengan kes rasuah.
“Persoalannya, apakah adil apabila beberapa pemimpin terpalit maka dihukum seluruh parti?
“Jika itu perkiraannya maka semua parti juga dianggap korup kerana ada pemimpin yang terpalit dengan rasuah,” katanya dalam satu komen di laman Facebooknya.
Asyraf memberi beberapa contoh, antaranya pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang didakwa dengan kes rasuah banglo tapi ditarik balik oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas lantikan Pakatan Harapan (PH).
“Ramai lagi pemimpin PH yang ‘disucikan’ oleh Tommy waktu PH jadi kerajaan 22 bulan.
“Bersatu paling banyak menerima pemimpin yang ‘disucikan’ walaupun sudah dipalitkan dengan jenayah rasuah.
“Terbaru dakwaan saksi dalam mahkamah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima tunai jutaan ringgit daripada UKSB.
“Ramai juga yang lompat masuk Bersatu sebab takut didakwa seperti bekas-bekas pemimpin PKR,” katanya.
Asyraf turut menyenaraikan pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang walaupun dalam usia muda menjadi menteri namun didakwa rasuah dan salah guna kuasa RM1.2 juta duit parti.
“Ramai pemimpin PKR yang didakwa rasuah tapi terlepas waktu PH naik. Bahkan yang mula hendak didakwa apabila PN memerintah seperti bekas Menteri Datuk Dr Xavier Jayakumar terlepas selepas lompat ke Bersatu.
“Bekas Setiausaha Agung Pas sendiri didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan rasuah,” demikian menurutnya.