Tuan Ibrahim Buat ‘Kenyataan Songsang’ – Isham

 

KUALA LUMPUR: UMNO berpegang kepada pendirian untuk diadakan pilihan raya selepas peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.

 

Bagaimanapun PAS yang beria-ia mahu mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawatan berkenaan, memandangkan pilihan raya tidak dapat diadakan kerana COVID-19.

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil secara tegas membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu, UMNO tidak mungkin jadi kerajaan sebagai satu kenyataan ‘songsang’.

 

“Kenyataan ini songsang Tuan Ibrahim, selepas ‘Langkah Sheraton’, Bersatu dan PAS yang tidak akan jadi kerajaan tanpa Umno.

 

“Kami ingin bubar Parlimen semasa Mahathir letak jawatan, kamu (PAS) yang ingin angkat Muhyiddin (Yassin) jadi PM. Apabila tidak boleh bubar sebab Covid-19, maka baru kami sokong untuk bentuk kerajaan. Jika kami tidak sokong, kamu pun tidak jadi menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

 

Dalam kenyataan yang sama juga, Isham mendakwa, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini turut pernah mengugut untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sekarang dengan mengatakan Umno menjadi kerajaan pada hari ini adalah disebabkan beliau.

 

“Muhyiddin pernah ugut ingin tarik sokongan sebab dia pun kata macam kamu yang kononnya sebab dia yang UMNO boleh jadi kerajaan.

 

“Oleh itu jika kamu begitu berkuasa dan tidak suka UMNO, mengapa tidak tarik-tarik lagi sokongan? Takut hilang jawatan dan kalah pilihanraya? Janganlah sombong dan angkuh sangat, Islam tidak ajar untuk jadi sombong dan angkuh,” katanya.

 

Menerusi ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63, di Alor Setar, semalam, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, keberadaan UMNO kembali menjadi kerajaan hari ini selepas kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah hasil pengorbanan Bersatu yang meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

 

BBerkaitan

Latest articles