KKM Pertimbang Cadangan Kelonggaran Pemakaian Pelitup Muka

 

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihaknya bersedia melakukan kajian mengenai kelonggaran pemakaian pelitup muka seperti dilaksana Singapura.

 

“Kita akan kaji dan Insya-Allah akan diumumkan selepas kajian selesai,” katanya memetik BH.

 

Terdahulu pelbagai pihak termasuk Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan pakar epidemiologi menyuarakan cadangan supaya KKM membuat keputusan berhubung kelonggaran pemakaian pelitup muka.

 

Ia berdasarkan beberapa indikator COVID-19 di negara ini yang terus menunjukkan penurunan, termasuk kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan.

 

Baru-baru ini, Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat bersama KKM yang diwakili Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

 

Muhyiddin dilaporkan berkata, sudah ada kebiasaan dalam kalangan rakyat dan penduduk negara ini untuk memakai pelitup muka tanpa dipaksa.

 

Justeru, katanya, KKM tidak wajar lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, sebaliknya boleh terus digunakan jika orang ramai berasa ia lebih selamat.

BBerkaitan

Latest articles