Hamzah Pelawa GTA Bekerjasama Dengan PN

 

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, termasuk Gerakan Tanah Air (GTA) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 

“Tidak mengapalah, alhamdulillah kita terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja,” katanya ketika sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

 

Sebelum ini GTA dilaporkan terbuka untuk berbincang dengan PN mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 

Bagaimanapu Dr Mahathir berkata, keputusan sama ada kerjasama akan dijalinkan belum dapat diputuskan lagi.

 

Baru-baru ini Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin berkata, pemimpin pembangkang perlu mempertimbangkan cadangannya untuk mengadakan rundingan kerjasama bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

 

Cadangan berkenaan bagaimanapun ritolak oleh PKR, apabila Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan mereka tidak mahu bekerjasama dengan PN.

BBerkaitan

Latest articles