Inai Republic Sasar Lahirkan 100 Ribu Usahawan

KUALA LUMPUR :- Ingin membantu lebih ramai suri rumah mendapatkan pendapatan tambahan dan memulakan perniagaan tanpa modal, Peneraju inai patuh syariah di Malaysia, Inai Republic berhasrat untuk melahirkan 100 ribu usahawan di dalam industri ini.

” Misi kami memerdekakan kewangan 100 ribu isi rumah, suri rumah untuk jadi usahawan inai republik kata pengasas Puan Syarifah Furaiha dan suaminya Ustaz Azam Azhary di ibupejabatnya di Taman Koperasi Polis fasa 2, Kuala Lumpur hari ini.

Berpengkalan di Kuala Lumpur, Inai Republic membawakan produk berasaskan inai daun asli (Henna) dari sumber semulajadi tanpa bahan terlarang, suci untuk beribadah, selamat dipakai tanpa kesan sampingan, tahan lama dan dijamin lima kali ganda lebih merah.

Berbeza dengan inai-inai lain di pasaran, Inai Republic merupakan ‘Instant Henna’ yang dihasilkan dan dibancuh khas dengan ramuan bahan-bahan semulajadi seperti Olive Oil, Lavender Oil, Grapefruit Essential Oil dan banyak lagi, sebagai alternatif pewarna kuku(cutex) yang tidak sah dibawa solat. Kesan pemakaian adalah seawal 5 minit sahaja dan mempunyai lebih dari dua warna (pink, maroon dan hitam)

Memandangkan persepsi masyarakat kebiasaannya memandang aktiviti berinai sebagai satu tradisi kuno nenek moyang dan digunakan sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan sahaja, Inai Republic ingin memartabatkan tradisi hebat ini bersesuaian dengan peredaran zaman. Inai hakikatnya bukan sekadar tradisi dan sunnah Nabi, bahkan ianya juga berfungsi untuk merawat dan dijadikan sebagai petua kesihatan.

Justeru Inai Republic memperjuangkan tema ‘Inai Moden Yang Merawat’ (Modern Treatment Henna) dan mempunyai visi membudayakan inai ke seluruh Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama di zaman ini katanya

 

BBerkaitan

Latest articles