PH Tolak Mentah Pelawaan PN Untuk Kerjasama Dalam PRU15

 

 

KUALA LUMPUR: Gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kesemua parti pembangkang membuka pintu rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) untuk bekerjasama dalan Pilihan Raya Umum ke-15 ditolak oleh PKR.

 

Parti itu menerusi Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, PH mahu masuk ke gelanggang pilihan raya dengan sendiri tanpa melibatkan kerjasama dengan mana-mana parti lain.

 

Ujar Rafizi, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat PH yang diadakan pada Rabu lepas.

 

“Mesyuarat PH pada Rabu lepas sudah buat keputusan noktah. Maksudnya kita akan terus berkempen dalam PRU15 sebagai PH,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam tadi.

 

Lebih lanjut, Rafizi berkata PKR berpegang kepada prinsip satu gabungan melibatkan semua kaum di negara ini, dan jika PN hanya menggunakan niat menumbangkan BN semata-mata, keadaan ini sekaligus akan mewujudkan satu kerajaan yang tidak stabil.

 

“Menang atau kalah belakang kira, kami (PKR) mahu pertahankan idealisme kami. Tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara). Mereka pimpinan senior berpengalaman berpuluh tahun, terpulang kepada mereka…saya hanya berpegang kepada keputusan di peringkat PH iaitu noktah (tiada kerjasama dengan PN),” katanya.

 

BBerkaitan

Latest articles