KUALA LUMPUR: Nampaknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih ‘terperangkap’ dengan propaganda Pakatan Harapan (PH) meskipun zaman pentadbiran gabungan itu telah berlalu.
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mendakwa Anwar masih terperangkap dalam retorik pembangkang dan tidak mahu menerima hasil audit forensik yang PH telah lakukan sendiri.
Veteran UMNO itu mengulas pandangan Anwar dalam Debat Perdana bahawa urus tadbir dan integriti adalah penting dalam audit forensik bagi memastikan badan-badan penting kerajaan tidak disalah urus.
Dalam debat tersebut, Anwar memberi contoh kepincangan pengurusan Tabung Haji dan Felda sebagai ketika agensi-agensi itu di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
Tetapi kata Shahrir, kedua-dua badan itu telah diaudit oleh kerajaan PH hinggakan Kertas Putih mengenai Felda dibentangkan.
Malah, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggunakan frasa ‘kedurjanaan korporat’ untuk menyifatkan salah laku dalam Felda.
”Namun begitu, selepas audit forensik, tidak ada seorang pun dari pengurusan tertinggi TH atau Felda yang telah didakwa di mahkamah diatas apa-apa jenayah.
“Ia sebenarnya propaganda dan hasutan semasa PRU14 oleh PH. Lepas dibuat audit forensik, tidak ada sesiapa yang didakwa di mahkamah,” ujarnya beliau sambil menyifatkan PH tidak boleh menerima hasil audit forensik yang dilakukan sendiri.
Dan, audit forensik itu adalah retorik semata-mata.
Menurut Shahrir, walaupun Pengerusi Felda sebelumnya telah didakwa di mahkamah tetapi dakwaan itu dilakukan semasa pentadbiran BN bukan PH.
”Felda ada buat laporan polis terhadap saya dan pihak pengurusan tinggi. Polis siasat tapi tidak mendapati apa-apa kelakuan jenayah. Terpaksa Felda pula buat saman sivil terhadap kami, kononnya atas tuduhan berkonspirasi. Berasas atau tidak tuduhan ini, saya akan menjawab dalam mahkamah sivil. Tapi bagi saya, ianya mengarut!,” tambah beliau.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata, sekurang-kurangnya Azmin sudah ‘move on’ dan meninggalkan Anwar dan PKR-PH.