KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini mengumumkan untuk keluar dari PAS.
Perkara itu dimaklumkan dalam sidang akhbar di Parlimen.
“Merujuk perlembagaan Pas, fasal 15 (1) (a) pemberhentian ahli dengan permintaan sendiri.
“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas,” kata bekas Setiausaha Majlis Syura PAS itu.
Menurut Mohd. Khairuddin surat permohonan berhenti telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.