Rakyat Dah ‘Malas Layan’ Serangan Tun M, Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat sudah semakin bijak menilai serangan bertalu-talu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap beberapa pemimpin politik, termasuk dirinya.

Apatah lagi ketika Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi saingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ini semua dalam perhatian rakyat sebenarnya, bukan soal saya.

“Kalau dia nak attacksaya sekalipun biarlah itu pilihan dia…tapi pada rakyat pokoknya agenda utama dia adalah masa depan mereka dan kehidupan mereka,” katanya.

Malah tindakan yang sama juga pernah dilakukan Dr Mahathir dan Muhyiddin ketika BN mendepani PRN Melaka dan Sarawak.

“Tapi, di Melaka pun dia attacksaya. Pada saya, pengundi tak ambil kira ini semua…mereka nak tahu apa yang boleh menentu masa depan mereka yang lebih baik dan menjamin aspirasi mereka supaya tercapai.

“Mereka mahu melihat pemulihan ekonomi negeri Johor, mereka ingin melihat aspirasi mereka dapat dipenuhi dari soal perumahan, dari segi jumlah pelaburan dan sebagainya,” katanya.

Najib berkata demikian di sidang media selepas majlis memperkenalkan calon BN bagi DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir bawah Parlimen Pagoh di Seri Pekembar hari ini.

Sementara itu Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN menyifatkan PRN Johor sebagai titik perubahan dalam senario dan landskap politik tanah air, terutama dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kalau negeri Johor ini kembali ke pangkuan UMNO, kembali ditunjangi oleh UMNO dan mendapat sokongan yang padu dalam kalangan rakyat melalui majoriti yang menyakinkan, maknanya kemenangan besar kepada BN.

“Ini akan memberi isyarat yang jelas kemungkinan besar dari sudut perspektif negara bahawa BN mempunyai peluang dan harapan cerah untuk memenangi PRU yang akan datang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles