PRN Johor: Lebih 70 Peratus Calon BN Adalah Muka Baru

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) mengetengahkan lebih daripada 70 peratus muka baru sebagai calon menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada 12 Mac depan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, ketika berucap mengumumkan calon gabungan berkenaan.

Ujarnya lagi, pemilihan muka-muka baru ini juga menjadi pengukur kepada parti itu dalam menghadapi pilihan raya selepas ini.

Malah BN turut menggunakan konsep WALI yang menggariskan tiga elemen iaitu ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’ dalam menentukan calon bagi PRN Johor.

Kesinambungan muka baru dan lama sebagai calon akan membawa perubahan kepada gabungan itu berteraskan tiga elemen tersebut.

“Lebih 80 peratus calon PRN Johor juga berusia 55 tahun ke bawah, manakala 80 peratus calon berkelulusan akademik serta profesional,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles